|
 |
Friday, March 20, 2009
Entah kemana perginya teratak burukku....mungkin inilah yang sudah tersurat dan tersirat........sedih gak kehilangan rumah lama....tapi apa ya!!!!!
Posted at 02:56 pm by tamingsari
Permalink
Wednesday, December 31, 2008
Sedih rasanya bila aku kenangkan kehidupanku,tak pernah sekali pun aku kesali dengan apa yang telah dianugerahkan oleh penciptaku.Aku redha segala.senang susah,suka duka pun tidak ku hiraukan,Namun ku akui ada kalanya aku tersilap langkah dalam mengejar dunia material.Sehingga terlupa mana pencipta mana dusta,mana benar mana palsu. Bila terbaca sirah sahabat nabi s.a.w...ku cuba fahami setiap bait ayat yang cuba diterangkan.Begitu menyentuh hati dan terfikir olehku akan nasibku bila bertemu dengan penciptaku. Sahabat telah korbankan seluruh hidup untuk penciptaku tanpa sebarang keraguan. Manakala aku tidak ada satupun pengorbanan untuk pencipta,taat pun tidak sehebat mereka,ibadat tidak sehebat mereka. Yang ada hanya mengejar dunia semata,mencari apa yang perlu ditinggalkan,Sahabat berusaha tinggal dunia namun mereka tidak lupa akan keperluan mereka,Saidina Bilal menjadi Gabenor,Saidina Umar menjadi pemimpin Agung.... Inilah berkat pengorbanan sahabat,bila dunia ditinggalkan atau dibuang jauh dari sudut hati maka dunia menyusul tanpa had. Hairan makin ku cuba untuk membuang kebesaran dan kehebatan diri makin kuat ia datang untuk ku kejar....Adakala tak kesampaian dan kesampaian pun jarang sekali aku sujud tanda syukur pada penciptaku.Pun begitu penciptaku tidak pernah jemu memberi dan terus memberi,lagi dan lagi padaku.Namun dalam kelekaan terkadang aku lupa bahawa setiap yang diberi oleh penciptaku itu akan ditanya,disoal,dihitung segala.Satu pun tidak terkecuali.Semuanya akan disoal,ditanya dihitung satu persatu..... Alangkah indahnya jika aku tidak pernah dilahirkan dalam dunia ini,tidak perlu ada perhitungan,tidak kenal mana pencipta,tidak kenal mana benar mana dusta...tidak kenal mana dosa mana pahala...semuanya aku tidak kenal sebab penciptaku tidak menciptaku.... namun aku hadir jua kat sini dengan kehendak mu....untuk berjuang hingga akhir hayatku,untuk mengenal mana syurga,mana neraka,mana dosa mana pahala,siapa kawan siapa lawan....aku serahkan hidupku pada mu wahai penciptaku.....aku tidak berdaya untuk menepis semua dugaan dan ujianmu tanpa pertolongan darimu.Aku hamba yang kerdil lagi dhaif,aku hamba yang tidak tahu menilai erti kesyukuran,aku hamba yang tidak tahu mana benar mana palsu....ampun kan aku Allah dari awal hingga penghujung hidupku.....pandanglah aku dengan belas kasihmu,rahmatilah aku,berkatilah kehidupanku,Aku benar2 takut akan azabmu.Oleh itu jauhilah aku dari azab siksamu....terlalu banyak yang kau anugerahkan.........
Posted at 11:04 am by tamingsari
Permalink
Lagu ini asalnya seingat aku dinyanyikan oleh Ramli Sarip tapi telah dinyanyikan oleh penyanyi bersuara emas Saleem.......secara unpluged dan iringan piano...dbomm jadi mendayu
Sudah berlalu, datang kembali, terbayang di ruangan mata, suka dan duka, tinggal hanyalah kenangan
Datang dan pergi sesuka hati menyusuk dijiwa ini hingga dimana ianya akan berakhir
Cukuplah derita sengsara yang ku alami biarlah ku pergi membawa hati ini Relakan ku pergi
Kini sudah ku rasakan cukup aku menderita ku tak ingin lagi bercinta kedua kali
Biarlah ini kujadikan cubaan dalam hidupku bukan maksudku untuk berpisah dengan mu
Posted at 10:55 am by tamingsari
Permalink
Tuesday, December 30, 2008
 Selamat Tahun Baru Hijrah Untuk Semua....Tahun silih berganti,umur semakin meningkat,Tenaga semakin berkurang,pancaindera pun dah makin lemah.  Kejayaan seekor ikan apabila dia senantiasa berada dalam air,kejayaan seekor cacing apabila dia berada dalam tanah dan kejayaan manusia apabila dia masih taat perintah Allah ikut cara nabi s.a.w. Ini kejayaan manusia. Bila mana manusia taat perintah allah ikut cara nabi s.a.w manusia itu akan berjaya didunia malahan d akhirat jua....insyaallah. Manusia tidak akan berjaya bila dia taat perintah allah ikut cara dia sendiri,manusia akan gagal bila taat perintah allah selain dari cara nabi s.a.w.Manusia akan gagal bilamana dia ambik cara lain dari cara nabi s.a.w untuk taat perintah Allah. Kejayaan manusia adalah dalam agama,sejauh mana dapat taat perintah allah ikut cara nabi s.a.w atau pun cara sahabat nabi r.hum ajmain.Nabi bersabda "sahabatku umpama bintang-bintang d langit,kalau kamu mengikut salah seorang dari mereka pun kamu berjaya" Kenapa? sebab sahabat akan lakukan apa sahaja yang nabi s.a.w buat atau lakukan.Ini kejayaan.Manusia itu berjaya sekiranya kematian dia kelak dapat ucap kalimah syahadah d akhir kalam .nabi s.a.w. bersabda "barang siapa dapat ucap kalimah la ila ha illal loh diakhir kalam dia wajib syurga". Kata orang alim untuk berjaya kita kena usaha kearah itu.Usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan akhirat.Dunia hanya sementara,akhirat kekal selamanya,akhirat tiada penghujung..... Hari ni kita mau check balik amalan kita,sejauh mana keyakinan kita pada allah.. Adakah selama ini kita benar-benar yakin pada allah atau sebaliknya...atau kita tidak yakin pada allah,kita yakin pada asbab atau sebab musabab sahaja.Kita yakin kerja yang beri rezki bukan Allah,kita yakin ubat menyembuhkan bukan allah,kita yakin bila kerja baru dapat duit bukan Allah yang bagi... Sebenarnya Allah yang bagi semua itu melalui asbab tertentu kerana dunia ini darul asbab.Allah boleh bagi tanpa asbab..kerana allah itu maha perkasa "jika kami mahu jadikan sesuatu,maka kami katakan kun fa ya kun...jadi maka jadilah ia. Allah tidak bergantung harap pada kita sebaliknya kitalah yang mengharap pertolongan allah.Allah boleh buat sesuatu tanpa kehendak atau tanpa perlu minta izin pada makhluk sebaliknya manusia tidak dapat buat sesuatu tanpa izin allah. Marilah kita merenung diri kita..setahun dan bertahun-tahun yang lalu apakah yang telah kita lakukan untuk selamatkan diri kita dari azab Allah dan jika hari ini masa kita sudah tiba..dimanakah kita,siapakah kita,selamatkah kita.... Selamat Tahun baru hijrah untuk semua sahabat,kawan,rakan taulan dan semua yang mengenali diriku....
Posted at 09:36 am by tamingsari
Permalink
Thursday, December 18, 2008
Kehidupan aku seharian tidak dapat tidak mesti ada kawan dan dalam dunia yang serba moden ini lagi banyak kawan.Kawan dalam eKwan,kawan dalam chating,kawan dalam blog,kawan dalam sms,kawan dalam sidang web.Semua itu kawan.Kawan ini berbeza dari kawan-kawan yang diluar.Sebab kat luar boleh tengok muka,sembang-sembang,boleh ajak pi kesana sini spontan.
Siapa pun kawan kita dan dimana pun kawan kita tak kiralah alam siber ka,alam apa ka mestilah ada kejujuran.Jujur dalam erti kata berkawan.Yang dikatakan kawan tadi ni,mestilah seorang yang senantiasa bangga dengan kawan tanpa mengira pangkat,darjat dan kedudukan.Kawan yang baik senantiasa mendoakan kebahgiaan kawan dia,kawan yang baik juga mestilah faham erti kawan.Kawan yang sanggup susah payah kerna kawan,Kawan yang sanggup kongsi suka duka kawan.Kawan yang boleh ingat memperingati tentang kehebatan dan kebesaran allah.Kawan yang boleh bertukar-tukar pendapat dan pandangan.
Kalau kawan yang senantiasa suruh kita ikut telunjuk dia sahaja,dia sahaja yang betul,dia sahaja yang baik.Itu bukan kawan itu BOS.....
Maklum sajalah dalam dunia yang serba moden ini lelaki pompuan pun berkawan tapi masih dalm istilah kawan.Janganlah disalah ertikan istilah kawan kalau lelaki tu baik dengan pompuan dah dikatakan falling in love.Kawan sahaja dan dalam berkawan tidak ada istilah cinta,mungkin dalam istilah kawan ada satu fill..tapi fill pun dalam istilah kawan bukan cinta.
Kawan lahir batin...itulah kawan.Cuma bini dia tetap bini dia,bini kita tetap bini kita.Bini dia boleh jadi kawan pada bini kita,suami dia boleh jadi kawan ngan kita.Inilah yang ada batas-batas.Selagi ianya tidak melanggar hukum syarak..no hal.
Ini harta dia;harta dia,harta kita pun harta dia..itu bukan kawan..itu apa aaaa!!!!.... Kawan yang baik tidak akan membiarkan kawan dia menderita keseorangan.Kalau tak boleh tolong duit ringgit tolong kederat pun jadilah,kalau tak boleh juga,tolong bagi pandangan pun jadilah...janji faham kawan......
Untuk semua kawan tak kira dimana jua gua tabik lah pada u all.....
Telah bersabda nabi s.a.w pada saidina Ali r.a "berkata benarlah oleh mu walaupun ianya pahit"..... inilah kawan dia tidak menikam dari belakang..
ish kalau nak bercerita pasai kawan ni sampai bila nak habis....dah....cukup2.
Posted at 09:41 pm by tamingsari
Permalink
Buat Seorang Kekasih
Oh sepi terasa Setelah cinta pudar di hati Tak mungkin dapat ku melupakan Kerana dialah kekasihku
Dan di saat ini Ku masih terus menyintaimu Melupaimu tak mungkin ku mampu Terdengar suaramu memanggilku
Dahulu kita sungguh mesranya Bergurau senda saling menyayang Kita berjanji bersumpah setia Hingga ke akhir hayat ingin bersama
Kita merancang, Tuhan menentukan Tiba masanya, kau pergi... tak kembali
Tinggal aku keseorangan Tiada lagi gurau sendamu Siang malam sepi kurasa Aku rindu kemesraanmu
Ku terkilan hajat tak sampai Kasih putus di tengah jalan Tinggal aku keseorangan Tiada lagi gurau sendamu
Posted at 05:21 pm by tamingsari
Permalink
Anak Anak Kita
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang Di bawah mentari sumbing Sambil bernyanyi lagu Ketakutan hari-hari ini
Anak-anak kitakah yang memikul beban Kesilapan kita Hingga dia tak kenal Budaya canggung bangsa sendiri
Selamatkan anak kita Dari padang jerangkap samar Selamatkan anak kita Orde baru politikus usang
Anak-anak kitakah yang bermain Di hutan belukar Dengan senapang kayu ubi Cambah tak kenal bahaya
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang Bila petang kerana terlalu sibuk main lastik Dan berpistolan Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita Jangan sampai jadi hamba Jaga-jaga anak kita Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang Ayah nak ajar Tentang kurang ajar Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang Ayah nak ajar Tentang kurang ajar Jadi mereka takkan dimomok lagi
Fikir Selamatkah kita di tangan tukang karut itu Fikir Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu Fikir Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu Fikir Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu Fikir Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu Fikir Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu
Posted at 04:48 pm by tamingsari
Permalink
Sunday, October 19, 2008
apa dah jadi.........pergolakan sana sini.Dalam jiwa pun ada pergolakan,itulah kehidupan.....
Kekecohan bukan hanya berlaku di luar negara malah teman sepermainan pun kuat kecoh,biarpun kawan kecoh tidak sehebat bom yang jatuh kat bumi iraq namun ianya tetap kecoh....
Kalau kecoh sikit2 tak pa,ini kecohnya lebih membara dari kekecohan yang berlaku kat iraq..pasai gamak kecoh....apa nak buat dengan kawan kecoh.
Patut ka nak diam diri macam tu saja,rakyat palastin pun baling batu sebab tak tahan drngan israel buat kecoh.Rakyat iraq pun rela bom rata tempat sebab amerika buat kecoh.ini kawan yang kecoh padan dengan mercun bola saja dah cukup bagi dia kecoh tu.
apa pun pengajaran lah buat aku.bukan senang nak dapat pengalaman hidup mesti kena bayar untuk dapat sesuatu......tiap pengalaman itu semuanya dibayar,kalau pun tidak dengan duit........dengan macam perkara
Posted at 07:08 pm by tamingsari
Permalink
Saturday, September 06, 2008
Hujan turun mencurah-curah sejak semalam,hari ini pun masih begitu.terdengar nyanyian kesyukuran dari makhluk yang bernama pokok,rumput dan semua jenis makhluk yang amat sabar menanti tibanya hujan.Manakala makhluk yang bernama manusia ada yang bersyukur dan tidak kurang yang merungut panjang.Semua ini adalah nikmat dari Allah.
Bukan senang nak dapat puasa dalam musim hujan begini.kerana ramadhan itu asalnya dari perkataan ramdhak yang bererti panas..ini Allah bagi hujan kira bersyukurlah.Hujan bukannya taufan atau ribut..Ini dah kira cukup bagus.
SELAMAT BERPUSA UNTUK SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT...
Posted at 04:22 pm by tamingsari
Permalink
4hb September 2008 bersamaan 4 Ramadhan 1429...tepat jam 2pagi Pak Lang Samad telah selamat kembali kerahmatullah...Berakhirlah sudah segala cerita pak lang Samad pada tarikh tersebut..Jenazahnya d semadikan jam 11 pagi..
Meskipun aku bukanlah seorang yang begitu mengenali pak lang sebagimana pak lang mengenaliku..namun serba sedikit tentang diri pak lang aku ambil tahu walaupun dari jauh...
Sejarah pak lang yang aku tahu cuma ke sawah dan masjid itu sahaja,Kekedai untuk membeli sayur dan ikan pun susah untuk dilihat masyarakat kampung.Kini pak lang telah kembali..moga Allah mencucuri rahmat keatas roh pak lang...
Aku berharap dan amat mengharapn agar Allah mencucuri rahmat keatas roh pak lang dan aku percaya pada janji allah... kalau tak silap dalam surah at-taubah ayat berapa pun dah tak ingat maksudnya "hanya sanya org yang memakmurkan rumah allah yang beriman kepada allah dan hari kemudian" aku pasti seyakin dan pasti Allah itu tidak pernah berdusta.Damailah kau di sana di sisi tuhan yang esa....
Amin ya robbal a'lamin
Posted at 04:03 pm by tamingsari
Permalink
|